My Site
Instagram Twitter Tumblr
Selenophile 🌘

Purple symbolizes a person's self confidence and the miracle of life.

HOME OWNER FRIENDS STUFFS FOLLOW DBOARD NEWER OLDER

#Mimipibercuti : Kenyir
Saturday, May 21, 2016 - Permalink - 0 Comments

Credit : Abah 

Assalamualaikum & Hi ! 

Lamanya tak jumpa engkorang semua haha maklumlah busy je memanjang duk layan Kdrama sampaikan nak update blog pun malas . So , 1 April haritu aku dengan family pergi bercuti ke Kenyir memandangkan dah lama kitorang tak bercuti . Kenyir dekat je dengan rumah aku . Ambil masa 45 minit je untuk sampai.


Untuk orang orang yang sukakan ketenangan , datang bercuti nak relax relax menghayati kehijauan dan kebiruan boleh datang Kenyir ni . Highly recommended okay ? serious sepanjang 3 hari duduk Kenyir ni aku rasa happy dan tenang je . 

Biasanya kalau aku pergi bercuti dengan family , penat sikit sebabnya kitorang keluar shopping la , pi lawat tempat-tempat lain tapi bila pergi Kenyir ni , korang akan duduk rehat dan hayati pemandangan yang indah . Akan ada satu rasa yang , " MashaAllah , tenangnya i duk sini . Taknak balik la cemni " . Gitew .


Credit : Abah 

Day 1 

Kitorang bertolak dari rumah lepas jumaat , dalam pukul 2.45 petang camtulah dan sampai Kenyir dalam pukul 4.00 macam tu lah . Okay masa hari pertama sampai Kenyir ni aku obses dengan naik buggy . Tau dak aku tak pernah naik mende tu hahaha . Masa naik tu aku asyik gelak je tambah pula dengan angin yang duk tampar tampar muka aku memang feeling habis la hahaha . Sepanjang petang tu kitorang sekeluarga cuma rehat rehat je dalam Chalet . Malam tu je keluar makan kat hotel .

If korang pergi sana , better makan kat luar okay ? Aku x recommend sangat makan dalam hotel . Yes it is pricey plus makanan dia kurang lazat sikit .


Day 2 


Sebab dapat kupon breakfast so why not mencuba , at last sama jugak . Kitorang pi cari roti canai luar chalet . Makanan je la yang kurang menyenangkan sikit kat sini .


Kitorang naik bot untuk pergi taman rama rama . Okay satu tips , jangan guna agent chalet korang tau , better pergi dekat jeti sendiri dan deal dengan pemilik dia sebab lebih murah dan jimat . Hokey ? 
Yang family aku pilih ni , RM 80 untuk 1 jam naik bot + 30 minit melawat taman rama rama .




Aku sebenarnya tak pernah pun suka rama rama walaupun orang cakap "wei rama rama lawa gila k, macam pwinces gitu " Tapi sorry lah , memanglah rama rama lawa tapi ai tak minat . Tapi ! lepas pi taman rama rama ni , tengok depa duk kerumun kat aku , wehhh cantik gila kot ! Dah masuk list haiwan fav selepas kambing & kucing hokey . Huahaha


Okay gais , lagi satu aku pun dah start jatuh hati dengan rusa okay . Please ah . Kenapa semua haiwan macam comel gilaaaaa ! Aku tak bolehlah tengok yang sejenis kambing lembu ni . Kiut gila kot T.T 


* Actually dah sebulan aku tinggal entry ni dan selepas sebulan baru aku decide nak siapkan entry ni sebab aku ni pemalas level apa pun tak tau dah . 

Tinggai lagi berapa hari ja aku nak pi sambung belajar hahaha . Bye Kdrama ! :( 







0 Comment(s)


Writter



Welcome to my blog !

Sila tinggalkan jejak di Chatbox ya ! Click mana mana button 'mysite' untuk berkenalan okay ? :)
Taghboard


Credit

Template by Siti
Owner : Suraya