My Site
Instagram Twitter Tumblr
Selenophile 🌘

Purple symbolizes a person's self confidence and the miracle of life.

HOME OWNER FRIENDS STUFFS FOLLOW DBOARD NEWER OLDER

Resepi : Kepah masak halia
Thursday, February 18, 2016 - Permalink - 2 Comments


Assalamualaikum & Hi !

Memandangkan harini hari Jumaat jadi Sue pun temanlah mak pergi pasar Batu Enam ni sebabnya nak beli lauk mentah sikit untuk seminggu terus . Jadi dah takyah pergi banyak kali hahaha *pemalas betul* 

Harini ternampak kepah dekat pakcik Ketam *Sebab selalu beli ketam dekat dia* suruh umi tanya pakcik tu pasal kepah , em harga dia lah hahaha . Alhamdulillah murah je , RM 6 untuk 1KG , kira okay lah tu en ? ke ada tempat yang lagi murah ? 

So ajumm mula .

Bahan bahan : 

1. Kepah 
2. Halia dalam hujung ibu jari 
3. Serai sebatang
4. Bawang merah besar sebiji
5. Bawang putih sebiji
6. Air 
7. Garam secukup rasa
8. Gula secukup rasa
9. Sos Tiram satu sudu kecil * if taknak pun takpe , tapi lagi sedap kalau letak


( in case ada yang tertanya saiz halia dan bawang putih )


Cara cara :
Mula mula basuh dulu kepah tu biar bersih sebab taknak bagi dia bau hanyir masa makan nanti . No no no ! potong selera betul . Sue basuh dengan garam kasar plus limau sikit sebab nak buang bau dia tu . 


Lepastu panaskan kuali dan letak minyak sikit . Agak agak dengan kepah korang la tau . 
Bila minyak dah panas, macam biasalah . Masukkan bawang merah besar , bawang putih , halia , sos tiram dan serai dalam kuali . Stir stir stir *huahuahua* sampai lah bawang tu kekuningan dan naik bau . Lepastu masukkan gula secukup rasa dan terus masukkan kepah dan masukkan air sikit. Sikit je tau . 


Tutup dengan penutup untuk 5 minit lepastu masukkan garam secukup rasa . Kacau kacau sikit then tutup lagi dengan tudung untuk 3 minit . Bila shell kepah tu dah terbukak luas , korang bolehlah tutup api dan hidangkan ! Yeay . 

Oh ya , kalau ada belacan lagi sedap tau . Haa kalau nak pedas , tambah la seketul dua cilipadi . 

Bye bye ! 









Labels:


2 Comment(s)


Writter



Welcome to my blog !

Sila tinggalkan jejak di Chatbox ya ! Click mana mana button 'mysite' untuk berkenalan okay ? :)
Taghboard


Credit

Template by Siti
Owner : Suraya